BUY NOW PAY LATER Spend RM150 & above, pay with SHOPBACK or ATOME today! [Malaysia Only]
Kedai Tudung Near Me: Mahu Shopping Di Mana Tu?
August 8, 2022

Posted by FANA COUTURE SDN BHD

Kebiasaanya kalau kita nak shopping tudung baru mesti search ‘Kedai Tudung Near Me’ kan?

Arus fesyen yang berubah terlalu cepat menyebabkan ramai pengguna sentiasa alert untuk mengikuti trend terbaru.

Ini termasuk mendapatkan koleksi tudung yang terkini atau up-to-date terutamanya jika viral di media sosial. 

Fana Couture antara pilihan terbaik sebagai syurga hijab untuk anda membeli tudung yang cantik dan selesa.  

Dalam artikel ini kami akan kongsi kepada anda ciri tudung yang berkualiti dan koleksi Fana Couture yang patut anda cuba. 

 

Ciri Tudung Yang Berkualiti 

Kualiti sesuatu tudung terletak pada jahitan dan material yang digunakan. Jom kenali ciri-ciri tudung yang berkualiti.

 

  •  Jahitan kemas

Tudung yang berkualiti mestilah dijahit dengan jahitan yang kemas dan kukuh. 

Jahitan tudung seperti ini tidak mudah tertetas apabila dipakai atau dibasuh beberapa kali cucian. 

Kekemasan jahitan pula diukur daripada segi benang yang kemas dan tidak terkeluar dari tepi-tepi tudung.

 

  •  Potongan yang cantik

Potongan tudung sarung yang cantik terletak pada awning tudung serta potongan curve pada bucu tudung. 

Potongan lurus dan tidak bengkang bengkok membuatkan si pemakai tampil lebih kemas. 

 

  •  Kelim lipatan jahitan kemas

kelim jahitan shawl

 

Untuk dapatkan awning shawl yang cantik biasanya mempunyai kelim lipatan yang halus dan kemas. 

Baby seam shawl mestilah tidak gelembung, kemas dan benang tidak terkeluar. 

Untuk dapatkan kualiti baby seam yang cantik juga mestilah daripada tukang jahit yang mahir. 

 

  •  Jenis fabrik yang sesuai

jenis kain tudung

Kualiti tudung semestinya terletak pada jenis fabrik yang digunakan.

  • Cotton - cotton menjadi pilihan fabrik yang paling digemari oleh penjual dan pembeli kerana mudah untuk dipakai. 
  • Chiffon - kain chiffon selalu digunakan untuk membuat shawl. Shawl chiffon mudah dibentuk dan draping yang cantik. 
  • Satin - kebiasaannya kita akan lihat kain satin digunakan untuk membuat baju pengantin. Malah kain satin juga sesuai untuk dibuat shawl kerana nampak lebih eksklusif apabila dipakai. Kain satin tidak sesuai untuk bawal kerana awning tudung agak susah dibentuk. 
  • Moss crepe - material moss crepe antara kain yang digunakan untuk membuat tudung sarung. Awning yang cantik terletak pada material kain yang digunakan. 

 

Apa Koleksi Yang Ada Di Fana Couture? 

Anda mencari tudung yang pelbagai jenis design dan material?  Kami ada cadangan.

Fana Couture ialah tempat terbaik untuk anda membeli belah dan menambah koleksi tudung anda. 

Kami akan kongsikan beberapa koleksi tudung yang ditawarkan oleh Fana Couture. 

  • Bawal

bawal printed cotton

Fana Couture menghasilkan pelbagai jenis corak dan material tudung bawal. 

Kain fabrik yang sering digunakan adalah chiffon dan cotton yang berkualiti tinggi. 

Corak yang digunakan juga mengikuti trend sekarang yang bertemakan floral moden. 

Bawal daripada Fana Couture mempunyai pelbagai jenis pilihan antaranya bawal printed, bawal plain dan bawal express. 

Antara pilihan yang ditawarkan adalah Irsa, Warda, Arya, Neylis Plain, Haayu Satin, Dhea, Naura dan juga Rossa. 

Apa beza kesemua jenis nama-nama ni? Bezanya adalah antara jenis pemilihan material, corak dan kelabuhan tudung. 

Setiap jenis nama bawal mempunyai design yang tersendiri. 

  • Shawl

shawl chiffon cotton

Material yang digunakan untuk shawl Fana Couture adalah georgette chiffon yang berkualiti tinggi serta mudah dijaga.

Potongan long straight cut shawl bersize 1.9m x 0.6m sesuai untuk semua jenis kelabuhan mengikut citarasa sendiri. 

Apa yang digemari oleh wanita apabila memakai shawl adalah boleh mempelbagaikan gaya tudung sama ada loose style atau simple style.

Shawl juga sesuai dipakai untuk pelbagai jenis majlis sama ada formal atau kasual.

 

  • Express Hijab (Tudung sarung)

tudung sarung bawal instant

 

Tudung sarung sepantas 3 saat menjadi kegemaran buat wanita bekerjaya, ibu-ibu dan wanita yang ingin tampil lebih bergaya tetapi mudah untuk dipakai. 

Fana Couture menghasilkan pelbagai jenis corak tudung sarung supaya pelanggan mempunyai pilihan yang pelbagai. 

Awning yang digunakan untuk tudung sarung juga berbeza dalam setiap jenis koleksi. 

Ada yang menggunakan awning material scuba atau moss crepe yang dihasilkan dengan teliti. 

Material yang digunakan juga sangat sesuai untuk dipakai harian, aktiviti lasak atau beriadah.

Ini kerana Fana Couture banyak menggunakan material yang breathable jadi memberikan efek rasa sejuk kepada pemakai. 

Koleksi Fana Couture juga dijamin patuh syariah iaitu labuh menutupi dada dan kain yang tidak jarang. 

Yang paling best sekali bawal express dari Fana Couture ni ironless dan sup-sap sarung terus sahaja siap.

Kesimpulannya, Fana Couture menjadi lubuk untuk peminat tudung yang sentiasa mengikut trend terkini. 

Anda boleh dapatkan koleksi tudung Fana Couture di outlet yang berdekatan dengan rumah anda.

Usah bimbang, Fana Couture mempunyai 13 cawangan di seluruh Malaysia, antaranya adalah: 

  • KL East Mall 
  • Melawati Mall 
  • AEON Shah Alam 
  • Bangi Sentral 
  • Mitsui Lalaport BBCC
  • East Coast Mall 
  • KTCC Mall
  • Dataran Austin Kuala Terengganu 
  • AEON Kota Bharu 
  • Aman Central Mall
  • Sungai Petani 
  • Ipoh
  • AEON Tebrau City

Dapatkan Fana Couture sekarang untuk rasai sendiri bagaimana selesa dan cantiknya tudung yang direka. 

Jom Shopping Tudung di Fana Couture! 


Sorry, this item is out of stock.
This item has been saved to your wishlist.



View My Wishlist Continue Shopping