Posted by BOMSTART MEDIA
Sebelum anda pergi ke interview kerja, anda perlu memastikan pakaian anda sopan dan kemas. Buat wanita, anda boleh memakai baju kurung dan kemeja ketika menghadiri interview.
Kenapa wanita?
Hal ini kerana wanita mempunyai pelbagai pilihan baju untuk digayakan pada setiap hari. Namun, anda perlu menjadi professional ketika ingin interview kerja.
Untuk itu, kami akan kongsikan beberapa cadangan baju kurung yang anda boleh dapatkan di Fana Couture.
Sebelum kami berikan cadangan, kami akan jelaskan terlebih dahulu jenis-jenis baju kurung yang ada di Malaysia.
Berikut merupakan jenis-jenis baju kurung yang sering menjadi tumpuan dan idaman wanita Malaysia:
Baju kurung moden menjadi pilihan zaman kini tanpa mengira peringkat umur si pembeli.
Cutting-nya yang lebih cantik mengikut bentuk badan membuatkan si pemakai tampil lebih anggun dan bergaya.
Jadi, baju kurung moden sebenarnya sesuai untuk dipakai semasa interview.
Baju kurung kedah menyerupai baju blouse yang singkat dan dipadankan dengan kain sarung atau kain batik.
Material yang digunakan selalunya daripada cotton yang bercorak bunga kecil. Si pemakai tampil lebih ayu dan manis bila memakainya.
Cutting baju kurung Pahang lebih selesa untuk si pemakai yang suka tampil lebih tinggi dan sopan.
Sesuai dipakai pada orang yang lebih tinggi kerana kurung ini mempunyai ukuran baju yang melepasi paras lutut.
Selain itu, baju kurung Pahang mempunyai cuttingyang kebmbang dan labuh pada bahagian bawah baju.
Wanita melayu dahulu yang suka akan klasik lebih gemar memakai baju kurung pesak.
Hal ini kerana ia mempunyai potongan pada bahagian tepi kiri dan kanan baju.
Pada yang suka penampilan seakan princesslebih gemar memakai kurung peplum.
Rekaannya yang beralun di bahagian pinggang baju menampakkan si pemakai seperti anak patung yang comel.
Etika pemakaian semasa temu daga hendaklah sopan,kemas dan berkarisma kerana ia melambangkan personaliti seseorang dan juga first impression orang lain terhadap kita.
Setiap majlis seperti temu duga, perkahwinan, mahupun tunang mempunyai baju formal yang tersendiri.
Jadi, pemakaian baju kurung adalah amat bersesuaian apabila pergi ke temuduga.
Selain baju kurung, blouse yang dipadankan dengan blazer beserta seluar track juga menjadi pilihan utama wanita untuk pergi ke interview.
Ianya lebih berkeyakinan dan mempunyai disiplin yang tinggi.
Jika anda mengalami kesusahan untuk memilih gaya baju kurung yang bersesuaian, anda boleh cuba tips di bawah ini:
a) Pemilihan warna baju kurung mestilah tidak terlalu cerah mahupun colour-blocking.
b) Pastikan tidak melebihi 3 warna dalam satu pakaian.
c) Potongan yang selesa dan tidak terlalu ketat sehingga menjolok mata.
d) Menggunakan fabrik seperti cotton dan chiffon. Tidak digalakkan untuk mengguna fabrik yang mempunyai perincian yang terlalu padat seperti manik dan sebagainya.
e) Pemilihan baju kurung bercorak perlulah secara minimal atau baju kurung plain sahaja.
Di sini, kami akan cadangkan beberapa koleksi baju kurung yang cantik dan memiliki gaya minimalis di Fana Couture:
Koleksi Ratna ini memiliki design baju yang sangat minimalis. Ia sesuai dipakai buat mereka yang ingin menghadiri ke temu duga.
Diperbuat daripada material cotton yang bersesuaian dengan cuaca di Malaysia. Anda akan rasa bebas bergerak dan breathable.
Ia memiliki tiga warna yang universal dan boleh dipadankan dengan pelbagai warna dan jenis tudung iaitu Red, Lime, dan Gray.
Jadi, anda tidak akan mengalami kesusahan untuk memilih warna tudung dan gaya pemakaian yang bersesuaian ketika ingin ke temu duga.
Buat anda yang meminati baju kurung bercorak printed, koleksi Jane pilihan terbaik untuk anda.
Walaupun hanya bajunya sahaja yang mempunyai corak floral, ini sebenarnya membuatkan anda tampak lebih kemas dan anggun.
Nak padankan warna tudung dan baju kurung pun senang sahaja. Dan, jangan terkejut, kerana koleksi ini mempunyai banyak kombinasi warna yang menarik yang anda boleh pilih.
Cadangan kami yang seterusnya adalah khas buat peminat-peminat baju kurung Kedah.
Corak baju kurung yang amat minimalis tapi sudah cukup buat anda kelihatan sweet.Koleksi ini diperbuat daripada material cotton yang berkualiti.
Jadi, anda boleh memakai koleksi Orkid untuk jangka masa yang lama. Selain itu, anda tidak akan berasa panas ketika memakai baju ini.
Jika anda berminat dengan baju kurung Orkid, pastikan anda cepat-cepat add to cart atau pergi ke butik kami.
Ini disebabkan koleksi Orkid sentiasa menjadi rebutan daripada orang ramai.
Cepat beli, nanti melepas pula!
Koleksi Tun Fatimah Kebarung ini lebih sesuai untuk wanita yang tinggi. Ini disebabkan bajunya mempunyai ukuran yang labuh melepasi paras lutut.
Pemakaian koleksi ini akan menampakkan anda lebih sopan dan ayu. Pasti anda kelihatan sweet saja ketika memakai baju ini.
Ia diperbuat daripada cotton yang amat selesa dipakai di Malaysia. Ia juga terdiri daripada warna yang universal seperti Green, Pink, dan Grey.
3 warna yang sesuai dipakai dan well-blend in dengan tona kulit orang-orang Malaysia.
Kesimpulannya, meskipun ramai orang yang menggayakan penampilan versatile ketika menghadiri temu duga, tetapi itu adalah mengikut bidang pekerjaan anda.
Oleh itu, anda perlu memastikan anda berpakaian sopan dan menutup aurat seperti memakai baju kurung.
Mahu baju kurung yang cantik, minimalis, dan berkualiti? Anda boleh dapatkannya dia Fana Couture!
Mari cepat pilih, grab dan beli koleksi baju kurung yang berjaya memikat hati anda. Pergi ke cawangan butik yang berdekatan seperti:
Cepat dapatkannya sementara stok masih ada! Klik link di bawah untuk ke laman web kami sekarang.
Kalau anda mahu beli secara online, pun tidak ada masalah. Klik sahaja link di bawah ini untuk dapatkan koleksi baju kurung yang berkualiti dan cantik!
Subscribe to get special offers, free giveaways, and once-in-a-lifetime deals